Monday 16 May 2011

Hebattt!!

Julung-julung kalinya diperkenalkan kepada anda kad prepaid Score A Programme
score-a-online-tuisyen-malaysia
Jadual Peperiksaan Malaysia
UPSR: September 2011
PMR: Oktober - November 2011
SPM: November- Disember 2011
Official website of Score A Programme:
                                              www.scorea.com
Score A Programme direka khas unuk membantu anak anda, ianya juga mempunyai 2 ciri-ciri khas untuk ibu bapa.
eTopic
Di sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham, 15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3 set soalan untuk setiap topik tersebut.

Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10 topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3 x 10 = 450)
eNational Trial Exam
    Peperiksaan percubaan secara online juga diadakan serentak di seluruh negara. Dengan membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.
    eTrial Exam
    Modul ini dicipta untuk memastikan anak anda seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana ketika pelajar menjawab soalan, akan ada Countdown Timer berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan, soalan akan "tertutup" dan anak anda tidak lagi boleh menjawabnya. Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan. Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar mereka.
    eAssessment
    Berbanding dengan cara tradisional di mana anak anda terpaksa membuka buku untuk belajar, eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam bentuk games bermula pada tahap easy. Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan berada di tahap itu sehinggalah berjaya. Dan kalau dia sentiasa "gagal" untuk mencapai 80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan tersebut! Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi pada tahap yang sama. Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek dalam eAssessment ini.
    ePast Year Exam
    Satu-satunya e-learning portal yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.
    eProgress (khas untuk ibu bapa)
    Seperti yang anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Anda juga akan diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
    eNotes
    Anak anda juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk mengulangkaji dan membuat rujukan dan berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara satu fakta dengan fakta lain).
    eDictionary
    Kalau ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh membantu. Ianya dicipta khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik untuk membantu anda menterjemah perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari makna satu perkataan.
    Ibu Bapa: eReport Card (Online dan SMS) untuk ibu bapa
    Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap kali anak anda menjawab soalan dalam portal pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa yang diambil, serta topik yang dijawab akan dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda (kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di Internet). Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi akademik anak dan membantu anda mengetahui kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini masa anda tidak ada di rumah!) Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya "instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung 100% kepada laporan sekolah (yang hanya diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak exam sahaja).
    Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia 
    Nak tahu performance anak anda berbanding pelajar-pelajar top negara ini? Anda boleh mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini anda akan mengetahui di mana dia berapa berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap subjek. Jika anak anda tersenarai di sini, kemungkinan besar dia akan berjaya dalam exam sebenar nanti. Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak anda kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk subjek yang mereka gemari.
                                               scorea-programme-online-business
    "Saya berasa rugi sangat sebab Amalina tak berkesempatan menggunakan Score-A Programme, kalau nak belibuku dari tahun 1 hingga ke tingkatan 3 memang banyak belanja, lagipun buku tidak dapat menyatakan kesalahan dan kelemahan anak kita. Saya sebagai seorang guru berpendapat semua pelajar wajib menggunakan Score-A Programme™ kerana ia meliputi semua kurikulum sekolah "
    Puan Sabariah Hassan Seorang guru dan juga ibu kepada Nur Amalina Che Bakri, Pelajar cemerlang 17A SPM
    " Saya pada mulanya agak cemburu dan juga sangsi dengan dakwaan Score A Programme mengenai keberkesanannya. Oleh itu, saya dengan sendirinya telah melawat sekolah-sekolah yang menggunakan Score A Programme bagi menyelidik hal yang sebenarnya. Hasil daripada lawatan- lawatan tersebut, saya sebetulnya mengakui dan mengesahkan ketulenan keberkesanan Score A Programme. Bagi saya, Score A Programme adalah pelengkap kepada sistem pendidikan negara. "
                                                            Puan Rokiah Alias Educationist / Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan penerima anugerah Pengetua cemerlang selama 8 tahun berturut - turut. Kolej Tunku Kurshiah pernah beberapa kali dianugerahkan sekolah terbaik seluruh negara di dalam peperiksaan - peperiksaan utama.
    Antara laporan-laporan kejayaan beliau :

    Rokiah Alias : Sekolah bestari `bonus' kepada sekolah

    Wanita monopoli jawatan Pengetua Cemerlang Jusa C

    Jusa C dan gred Khas : Kementerian Pelajaran umum penerima

    Kolej Tunku Kurshiah, pencapaian terbaik PMR 2001

    Kolej Tunku Kurshiah tops in PMR

    "Kini syukur Alhamdulilah, anak-anak saya semakin seronok belajar bersama Portal Score A. Bila di tanya sahaja sudah tentu segera mereka berlari menuju ke komputer. Tergambar kegembiraan di wajah mereka terutama apabila selesai sahaja di hantar jawapan sesuatu latihan dan melihat keputusan yang diberikan serta- mertanya ialah 100%. Mereka akan minta saya ‘print’ dan dengan senyuman yang gembira mereka bangga dengan pencapaian mereka."
    Puan Norazlina Ramdzan
    Kobe,Hyogo, Japan
    Seorang ibu kepada tiga orang anak dan isteri kepada seorang pegawai yang bertugas di salah sebuah agensi kerajaan di Jepun.
    Apakah sikap para pelajar sekarang?
    - Merasa beban untuk belajar cara biasa yang membosankan.
    - Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.
    - Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan. - Selalu menghabis masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.
    - Tidak mendapat perhatian Ibu bapa yang sibuk bekerja.
    Bagaimanakah score A membantu?
    - Pembelajaran secara interaktif dengan "ouput learning" iaitu pembelajaran secara menjawab soalan.
    - Sistem ranking membandingkan pencapaian pelajar di seluruh Malaysia yang menggalakkan persaingan sihat.
    - Memberi satu peluang untuk menggunakan komputer untuk pelajaran.
    - Pembelajaran cara baru yang memudahkan para pelajar dengan menjimatkan masa.
    - Berhubung terus dengan ibu bapa melalui sistem e-report card dan SMS mengenai tahap pencapaian pelajar sejurus selepas pelajar menghabiskan latihan soalan-soalan.
    Mengapa memilih Score A?
    - Kertas soalan adalah mengikut silabus sukatan pelajaran Malaysia
    - Sudah terbukti dengan kejayaan para pelajar di mana 90% daripada mereka yang menggunakannya mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR.
    - Soalan - soalan di bentuk oleh para guru daripada sekolah bistari.- Pemebelajaran menggunakan sistem teknologi maklumat menjimatkan masa dan menarik bagi pelajar- pelajar.
    - Para ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran semasa pelajar dan tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja.Pada masa itu semuanya sudah terlambat.
    - terbukti membentuk pelajar yang paling lemah menjadi pelajar paling cemerlang selepas menyertai Score A Programme.
    - Satu- satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas- kertas peperiksaan sebenar daripada tahun 1993 sehingga sekarang.
      

    Score A pendidikan alternatif melalui Internet

    Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL
    SAZARINA menunjukkan kaedah latih tubi menerusi Internet melalui portal EDU-2U Score.
     
    TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.
    Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.
    Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.
    Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.
    Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.
    Penasihat portal pendidikan Score A, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.
    “Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,’’ ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
    Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.
    “Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet,’’ ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
    Menurut Sazarina, program Score A ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.
    “Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan,’’ jelasnya.
    Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.
    Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.
    Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.
    “Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingkatan tiga. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif,’’ katanya.
    “Dengan mengikuti program Score A ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,’’ jelasnya lagi.