Kenshido International



Kenshindo International:
KENSHIDO INTERNATIONAL
Bangunan Kenshido,
80, Jalan Burhanuddin Helmi,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Malaysia.


Mengenai Kenshido..
Visi kenshido:
Menyediakan kejayaan terunggul bagi pemimpin hari ini dan landasan yang kukuh untuk pemimpin hari esok.
Misi Kenshido:
• Menyediakan sokongan terbaik untuk pengedar
• Memupuk dan membina kepemimpinan
• Mencapai aras tertinggi kepuasan pelanggan
Kenshido International menawarkan peluang perniagaan secara jaringan kerja yang menguntungkan kepada pengedar-pengedar yang berminat mempunyai perniagaan mereka sendiri. Sebagai sebuah syarikat yang komited dalam industri jaringan kerja, pelan bonus yang lumayan adalah direkabentuk khas untuk menjamin pulangan yang lumayan bagi masa yang anda laburkan.
Kenshido berbangga dengan tawaran peluang perniagaan yang berdaya maju dan fleksibel. Demikian juga dengan jaringan ribuan pengedar yang aktif dan bebas. Sebenarnya, Kenshido percaya bahawa kebanyakan pengedar tertarik kepada peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Kenshido International kerana mereka boleh menyelaraskan perniagaan mereka mengikut waktu dan matlamat pendapatan mereka. Pelan "Touch and Go" adalah merupakan pelan pemasaran yang mempunyai tekanan minimum atau tanpa tekanan.
Keadaan ini dapat disahkan dengan bertambahnya bilangan pengedar yang memilih Kenshido International sebagai rakaniaga mereka.
Sejarah Kenshido
Sebagai perintis dan pemimpin dalam industri e-Pendidikan di Malaysia.
Kenshido International dahulunya dikenali sebagai Edu-2U Portal Sdn Bhd.
Telah diperbadankan dalam tahun 1999 dengan visi membina warga yang berilmu.
Pengurusan Kenshido
Mr. Jason Kuok
Pada hari ini, dia telah dianggap sebagai salah seorang daripada "networker"yang paling berjaya dan merupakan di antara pemimpin-pemimpin terkemuka bagi beberapa syarikat berasaskan "networking" yang terkenal dari A.S. selama lebih daripada 20 tahun. Kepakarannya dalam bidang pemasaran jaringan, bersama dengan pengelamannya telah terbukti sebagai asset yang sangat berguna kepada Kenshido International.
Di Kenshido, Jason menyediakan halatuju perniagaan dan mempelopori perkembangan Syarikat ini.
Sebagai juruaudit bertauliah, Jason telah mendapat pendidikan menengahnya di St. Michael's Institution di Ipoh. Beliau telah menyertai Jabatan Hasil Dalam Negeri sebaik sahaja bergelar graduan, dan dalam tahun 1985 telah berhenti untuk menyertai sebuah bank saudagar. Dalam tahun 1988, beliau meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam dunia pemasaran rangkaikerja.
Puan Norlia Ahmad
Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai aset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.
Dato' Ghazali Bin Uda Omar
Dato' Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London.

Penglibatannya di bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.
Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato' Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.

Petikan dari laman web http://www.kenshido.com